Pengeluar biskut tempatan Hup Seng Perusahaan Makanan Sdn Bhd menjelaskan bahawa biskut yang dikeluarkan syarikat itu selamat untuk dimakan oleh orang ramai. Ini susulan dakwaan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendapati terdapat unsur penyebab barah yang terkandung dalam biskut keluaran syarikat berkenaan. “Kami ingin memberitahu bahawa Special Cream Cracker yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan dan sesuai dengan peraturan tempatan mengenai standard kualiti dan keselamatan makanan. “Kami akan berikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam setiap siasatan m…